Saturday, December 5, 2015

Bersihkan Hati Kita

Orang yang mampu memelihara kemarahan dan bersabar dengan segala perbuatan buruk orang lain terhadap dirinya akan mendapat ganjaran yang istimewa daripada Allah. Semoga kita beroleh ganjaran dan ketenangan jiwa apabila mengamalkannya. Berdoalah agar Allah sentiasa melembutkan hati kita untuk berlapang dada dan membentuk jiwa yang boleh memaafkan orang lain.

Buat Sahabat Sejati

Sukarnya mencari sahabat yang tak lupakan kita waktu susah, namun jika anda menemukannya, itulah yang dinamakan sahabat yang sejati!

Friday, December 4, 2015

Ingatan Buat Diri dan Teman-teman

Orang selalu berkata disebalik musibah ada hikmahnya. Sebagai hamba-Nya, kita perlu menyatakan rasa syukur kerana musibah itu adalah satu bentuk teguran dan kasih sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa sesuatu musibah atau ujian yang berat kerana sesungguhnya Allah tidak memberikan ujian kepada hamba-hambaNYA di luar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Thursday, December 3, 2015

Jom Membaca!

PERNIAGAAN SHAMSUL (PS)

Membaca jambatan ilmu. Seseorang dipandang tinggi kerana ilmu yang dimiliknya. Pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan untuk memperolehi ilmu pada era moden hari ini. Sama ada melalui media cetak, media massa atau internet.

Sehari sebuah buku. Dapatkan pelbagai bahan bacaan daripada PTS. Gedung buku dengan pelbagai buku-buku berkualiti. Dengan kemudahan pembelian secara atas talian, tiada lagi alasan untuk tidak memperolehi buku-buku terbaik dan terkini pada harga yang sangat berpatutan.
                
Dapatkan buku pilihan anda sekarang di sini: http://perniagaanshamsul.blogspot.my

(Kredit: Perniagaan Shamsul)

Wednesday, December 2, 2015

Hobi Masa Lapang


Buku Cerita dari Syurga adalah antara buku yang saya sangat minati. Cubalah nikmati motivasi secara percuma ini. Hasil selepas membacanya.....wah.....sangat berbaloi...

Dapatkan di sini: BUKU BEST!

Tuesday, December 1, 2015

Cuti sekolah 2015

Hasil carian imej untuk cuti sekolah

Selamat bercuti kepada semua murid... 
Semoga cuti ini digunakan dengan sebaik-baiknya. Isilah masa yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Hujan itu rahmat.

Hasil carian imej untuk hujan

Hujan adalah rahmat Allah dan punca rezeki kepada manusia dan makhluk lain termasuk tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Tanpa hujan, bumi akan menjadi kering-kontang dan hidup akan hilang elemen yang sangat penting di dunia ini.